Connect with us

Oh! Media

Dua Beradik Mati Lemas Di Dalam Parit, Bapa Tak Sangka Itu Anaknya

25e22580259ctak2bsangka2bitu2banak2bsaya25e22580259dpng

Umum

Dua Beradik Mati Lemas Di Dalam Parit, Bapa Tak Sangka Itu Anaknya


Pilu menyelubungi menyelubungi bapa kepada dua beradik berusia 8 dan 10 tahun yang ditemui mati lemas di dalam parit di Kampung Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang dekat Parit Buntar malam tadi.
Mangsa ialah Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan Nur Anisa Najwa Mohd Zaki, 10, kedua-duanya beradik tiri dari Sungai Megat Aris, Bagan Tiang, Tanjung Piandang. Kejadian itu disedari penduduk kampung yang melihat mayat seorang daripada mangsa terapung pada jam 7.30 malam.

“Tak sangka itu anak saya.”

Itulah luahan pilu, Mohd Zaki Abdullah, bapa kepada dua kanak-kanak perempuan yang lemas di parit. Beliau mendapat tahu mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak terapung di dalam parit berhampiran rumahnya.


“Ketika berada di kawasan kejadian saya melihat ramai orang kampung berkumpul dan tertanya-tanya anak siapa yang lemas namun tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk. Sebaik pulang ke rumah, saya dapati Kak Chik (Nor Anisa Najwa, 10) dan Ayuni (Nor Ayuni Najatul, 8) yang juga anak keempat dan kelima tiada di rumah,” katanya.

Zaki mulai mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa kedua-dua anaknya itu dan segera ke lokasi untuk mendapatkan kepastian.
Beliau berkata, sebaik melihat dan mendapati dua mayat kanak-kanak itu adalah anaknya, beliau terduduk dan hampir pitam kerana penemuan dua pasang selipar dua beradik berkenaan yang ditinggalkan berhampiran parit di lokasi kejadian, penduduk bekerjasama membuat pencarian di dalam parit berhampiran dan menemui Nor Ayuni Najatul kira-kira jam 7.30 malam sebelum berjaya menemui seorang lagi anaknya, Nor Anisa Najwa, 15 minit kemudian.
Mohd Zaki yang sedih dan pilu dengan kejadian yang meragut nyawa dua anaknya sekali gus dan enggan mengulas lanjut kejadian itu. Jenazah dua anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bagan Tiang, pagi ini.
Sumber: New Malaysian Post dan Berita Harian


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas