Connect with us

Oh! Media

Shuib Berjaya Bayar Sebahagian Hutang, Tidak Lagi Cecah Puluhan Juta

shuib sepahtu

Trending

Shuib Berjaya Bayar Sebahagian Hutang, Tidak Lagi Cecah Puluhan Juta

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mengakui sedang menanggung hutang yang pernah mencecah puluhan juta ringgit, namun menganggap perkara itu biasa dalam dunia perniagaan berskala besar.

Menurut laporan mStar, Shuib berkata yang sebahagian hutangnya kini sudah berjaya dibayar hanya dalam tempoh dua bulan.

Alhamdulillah (hutang) sudah semakin berkurang, tak sampai puluhan juta seperti sebelum ini.

Setiap bulan jumpa agensi kerajaan selesai hutang

ohmedia mamat sepah shuib

Shuib berkongsi bahawa dia konsisten berjumpa agensi-agensi kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap hutang yang ditanggungnya.

IKLAN

Antara agensi yang terlibat termasuk KWSP, LHDN, Perkeso dan Jabatan Kastam.

Kami berbincang cara pembayaran dan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat kerjasama baik daripada semua pihak yang memberi nasihat dan ruang untuk mengatur bayaran.

Tak akan lari, Shuib janji akan bayar!

ohmedia shuib judi

Dalam masa sama, Shuib meluahkan rasa optimis apabila melihat perniagaannya kini semakin pulih dan yakin momentum itu dapat membantu melangsaikan semua hutangnya.

Jangan risau saya akan berusaha selesaikan dan percaya Allah akan bantu dan permudah urusan saya.

Restoran terbaharunya, Nasi Bakar Bangkit turut menjadi tumpuan selepas anak ketiganya, Ariq Matin dilantik sebagai duta bagi jenama tersebut.

Dalam hidup, jatuh bangun itu pasti. Yang penting, jangan lari dari tanggungjawab. Usaha, sabar dan yakin rezeki akan datang bila kita ikhlas membayar amanah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas