Connect with us

Oh! Media

“Dia Antara Orang Yang Rapat Dengan Saya” – Hael Husaini

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillah2b252812529png

Umum

“Dia Antara Orang Yang Rapat Dengan Saya” – Hael Husaini

Hael Husaini mengaku Dayang Nurfaizah adalah perempuan yang paling rapat dengannya dan dia serahkan kepada Allah soal jodohnya apabila ramai netizen berharap diaorang ke jinjang pelamin. Netizen siap cipta hashtag #HaeYang gais untuk diaorang ni dan Hael tak kisah pun malah dia appreciate peminatnya.

Dia antara orang yang rapat dengan saya. Kami kerap berjumpa dan kebanyakan perjumpaan adalah untuk berbincang mengenai kerja. Kahwin ini satu doa dan saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau mereka doakan, saya aminkan. Selagi benda ini baik, saya okey. Saya memang pernah taksub dengan Dayang dan apabila dapat bekerjasama, ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Bila dapat bekerjasama dengannya, tentunya saya sangat menjaga hubungan ini secara profesional. Sebenarnya, tanda pagar ini dicipta bukan dirancang. Kalau tanya perasaan saya, lebih kepada rasa terharu.

Sebelum ini Hael pernah upload gambarnya bersama Dayang dan anak angkatnya memakai baju raya sedondon. Wah wah! Ada apa-apa ke ni? Sis doakan korang berdua ada jodoh. Amin.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas