Connect with us

Oh! Media

Kerana ‘Bubble Tea’, Kereta Di Tampal Puluhan Tuala Wanita!

ohemdia bubbletea 1png

Umum

Kerana ‘Bubble Tea’, Kereta Di Tampal Puluhan Tuala Wanita!

Pernah tak korang tersekat di atas jalan raya hanya kerana terdapat kenderaan yang sesuka hati diletakkan pemandunya di merata-rata tempat? Semestinya ia menjadi kebiasaan jika korang tingal di kawasan bandar, ini kerana memang kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai tabiat mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.
Di Hanoi, seorang pemandu kereta Maserati berwarna merah menerima ‘padah’ selepas dirinya meletakkan kereta di tempat yang menganggu lalu lintas.
Yang membuatkan penduduk setenpat marah, kereta mewah itu dipercayai milik salah seorang pelanggan yang singgah di kedai minuman ‘boba’ atau ‘bubble tea’ di kawasan berkenaan.
Ekoran itu, seorang daripada pengguna jalan raya yang berasa berang di situ bertindak melekatkan puluhan tuala wanita dari ruangan bumper hinggalah ke permukaan cermin model Maserati Levante itu, sebagai pengajaran kepada pemandu tersebut.
Pemilik kereta berkenaan cuba untuk mencabut tuala wanita berkenaan, tetapi usahanya gagal. Dengan perasaan malu, lelaki tersebut terus memandu pergi meningggalkan kawasan tersebut dengan keadaan keretanya yang masih dilitupi dengan puluhan tuala wanita tersebut.
Sumber: Awani

+Baca respon pembaca di Oh! Media


Facebook Oh! Media


IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas