Branded
Tempah Rumah Idaman Di Uptown Residences 2 & Nikmati Subsidi Pakej Umrah dan Ganjaran Raya Sebanyak RM3,888!
Raya kali ini lebih bermakna dengan peluang memiliki kediaman idaman sambil menikmati promosi istimewa! Paramount Property memperkenalkan tawaran eksklusif untuk pembeli Uptown Residences 2 @ Berkeley Uptown.
Jika anda menempah unit kediaman sekarang, anda berpeluang memilih antara Subsidi Pakej Umrah Tabung Haji atau Raya Cash Bonanza bernilai sehingga RM3,888!
Promosi khas ini berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei 2025, memberikan peluang kepada pembeli untuk memiliki kediaman idaman sambil menikmati ganjaran istimewa sempena Ramadan dan Syawal.
Kediaman Idaman untuk Gaya Hidup Multi-Generasi

Uptown Residences 2 direka khas sebagai apartment servis pegangan bebas dengan konsep gaya hidup multi-generasi. Projek ini bukan sahaja memberikan ruang kediaman yang selesa, tetapi juga memastikan setiap aspek kehidupan seharian penghuni dipenuhi dengan kemudahan terbaik.
Dengan keluasan bermula dari 1,000 hingga 1,556 kaki persegi, unit-unit ini cukup luas untuk menampung keluarga besar dengan selesa. Setiap unit mempunyai sehingga 4+1 bilik tidur, sesuai untuk pelbagai generasi dalam satu rumah.
Kalau korang ada kelurga yang besar, pilihan terbaik semestinya unit villa yang juga merupakan unit terhad dengan keluasan 1,556 kaki persegi. Unit ni menghadap taman, dengan tempat letak kereta di hadapan rumah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak.
Bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan teknologi moden, setiap unit juga disediakan dengan separa perabot serta dilengkapi sistem kediaman pintar untuk pengalaman hidup yang lebih mudah dan efisien.
Dari segi reka bentuk, Uptown Residences 2 memberikan perhatian khusus kepada keperluan penghuni warga emas. Laluan yang luas memudahkan akses kerusi roda, manakala butang lif mendatar direka supaya lebih mudah dicapai oleh individu yang mempunyai keperluan khas.
Selain itu, bilik air turut dilengkapi jubin anti-licin, rel tuala yang berfungsi sebagai pemegang keselamatan serta kerusi mandi berlipat untuk kemudahan tambahan. Semua ciri ini menjadikan Uptown Residences 2 pilihan terbaik untuk keluarga yang ingin tinggal bersama dalam suasana yang selesa dan selamat.
Fasiliti Eksklusif untuk Keselesaan Seisi Keluarga

Dengan lebih 40 fasiliti gaya hidup, Uptown Residences 2 menyediakan ruang untuk penghuni menikmati kehidupan yang lebih aktif dan harmoni. Terdapat ruang komuniti dalaman seluas 10,000 kaki persegi yang direka untuk menggalakkan interaksi antara jiran dan keluarga. Kawasan ini menjadi tempat berkumpul yang sesuai bagi pelbagai aktiviti kejiranan seperti kelas tarian, permainan catur, dan sesi kesihatan tradisional.
Penghuni juga boleh menikmati kemudahan rekreasi bertaraf tinggi termasuk kolam renang sepanjang 50 meter, spa jacuzzi, gimnasium, dek yoga, laluan refleksologi, taman herba, serta ruang barbeku yang sesuai untuk perjumpaan keluarga. Tidak ketinggalan, terdapat gelanggang separa bola keranjang dan dewan serbaguna yang boleh diubah menjadi tiga gelanggang badminton dalaman, membolehkan pelbagai aktiviti sukan dijalankan tanpa perlu keluar dari kawasan kediaman.

Bagi mereka yang mengutamakan kehijauan dan ketenangan, Uptown Residences 2 menawarkan konsep biofilik yang memanfaatkan unsur semula jadi dalam reka bentuknya. Penghuni boleh bersantai di Taman Sentral atau menikmati pemandangan indah dari taman atas bumbung – yang pertama seumpamanya di kalangan pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Klang. Di sini, suasana yang tenang dan kehijauan yang menyegarkan menjadikan kawasan ini tempat terbaik untuk bersantai selepas seharian bekerja.
Lokasi Strategik dengan Akses Mudah ke Kemudahan Utama

Salah satu kelebihan utama Uptown Residences 2 adalah lokasinya yang sangat strategik. Terletak hanya 50 meter dari Sekolah Antarabangsa Sri KDU Klang, 300 meter dari Pin Hwa High School dan 1KM dari SMK Tinggi Klang, ia menjadi pilihan ideal bagi keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah.
Selain itu, projek ini juga berada dalam radius 1 kilometer daripada dua stesen LRT3 yang dijangka beroperasi pada tahun 2025 – Stesen Pasar Jawa dan Stesen Meru. Ini memberikan akses mudah kepada pengangkutan awam bagi mereka yang bekerja atau ingin ke pusat bandar.
Tapi bukan tu saja, stesen LRT3 (Padang Jawa) ni akan menghubungkan korang terus ke pusat hub transit terbesar KL Sentral.
Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hanya terletak 6.7 kilometer dari kawasan projek, atau kira-kira tujuh stesen dari LRT3 Pasar Jawa yang akan datang. Kemudahan ini memastikan penghuni memiliki akses mudah ke institusi pendidikan berkualiti tanpa perlu berdepan dengan perjalanan yang panjang dan meletihkan.
Rebut Tawaran Hebat Ini Hari Ini!

Uptown Residences 2 bukan sahaja menawarkan gaya hidup moden dan selesa, malah ia juga memberikan penjimatan yang menguntungkan dengan jumlah sehingga RM60,000. Dengan unit separa perabot dan sistem rumah pintar yang tersedia, anda boleh menikmati kehidupan yang lebih mudah dan selesa tanpa perlu berbelanja lebih.
Tambahan pula, sempena promosi Raya ini, pembeli berpeluang mendapatkan Subsidi Pakej Umrah Tabung Haji atau Raya Cash Bonanza bernilai sehingga RM3,888 apabila mereka menempah unit sempena musim perayaan ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki rumah impian dengan penjimatan hebat serta ganjaran istimewa sempena musim perayaan ini!Untuk maklumat lanjut, kunjungi unit pameran atau layari laman web rasmi Paramount Property di: https://paramountproperty.my/developments/berkeley-uptown/uptown-residences-2/
