Connect with us

Oh! Media

Turutan Memotong Kuku

img 7248png

Umum

Turutan Memotong Kuku

Soalan:
Adakah turutan memotong kuku sebagaimana yang dikatakan sesetengah orang itu betul atau bagaimana urutan memotong kuku yang sebenarnya?

Jawapan:
Memotong kuku adalah sunnah Nabi saw dan disunatkan samada ke atas orang lelaki atau perempuan atau orang dewasa serta kanak-kanak.

Sunat memotong kuku dimulai tangan yang kanan dahulu kemudian tangan yang kiri.

IKLAN

Dari Aisyah r.a. katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
“Adalah Nabi saw menyukai sebelah kanan dahulu dalam memakai alas kakinya dan menyikat rambutnya dan bersucinya dan dalam seluruh urusannya.” (Hadith Bukhari)

Imam Nawawi menyebut :

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَبْدَأَ بِالْيَدَيْنِ قَبْلَ الرِّجْلَيْنِ فَيَبْدَأُ بِمُسَبِّحَةِ يَدِهِ الْيُمْنَى ثُمَّ الْوُسْطَى ثُمَّ الْبِنْصَرِ ثُمَّ الْخِنْصَرِ ثُمَّ الْإِبْهَامِ ثُمَّ يَعُودُ إِلَى الْيُسْرَى فَيَبْدَأُ بِخِنْصَرِهَا ثُمَّ بِبِنْصَرِهَا إِلَى آخِرِهَا ثُمَّ يَعُودُ إِلَى الرِّجْلَيْنِ الْيُمْنَى فَيَبْدَأُ بِخِنْصَرِهَا وَيَخْتِمُ بِخِنْصَرِ الْيُسْرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ (شرح النووي على مسلم (3/ 149)
“Disunatkan untuk memulai dengan kedua tangan sebelum kedua kaki. Dimulai dari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, lalu jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari kemudian berpindah ke tangan kiri. Dimulai dari jari kelingking, kemudian jari manis sampai terakhir kemudian berpindah ke kedua kaki. Kaki sebelah kanan dimulai dari jari kelingkingnya dan diakhiri dengan kelingking kaki sebelah kiri. Wallahua’lam.

Ulama’ yang menyebut tentang aturan jari mana yang dipotong dahulu ialah menunjukkan pada sunat bukannya wajib.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas