Oh! Tidak
Suami Buat Laporan Polis Isteri Hilang, Rupanya Ditemui Mati Dengan Kekasih Gelap
Seorang lelaki tidak dapat menahan tangisannya selepas melihat jasad isterinya yang ditemui mati dalam sebuah kereta bersama lelaki dipercayai kekasih gelap isterinya. Fuhh, tak dapat bayangkan macam mana perasaan si suami.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Chachoengsao, Thailand, apabila polis menemui mayat Natticha, 26, dan Chatchai Hongcharoen, 33, di dalam sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan pada Isnin.
Mayat kedua mangsa disedari seorang pejalan kaki yang curiga melihat kesan tembakan pada cermin kenderaan tersebut segera menghubungi pihak berkuasa.
Dua mayat ditemui dengan kesan tembakan…

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa ditembak yang masing-masing duduk di bahagian pemandu dan penumpang. Lebih memilukan, suami kepada Natticha sebelum ini telah membuat laporan polis selepas isterinya dilaporkan hilang sejak 16 Februari.
Dalam video yang tular, lelaki itu kelihatan menangis teresak-esak di lokasi kejadian dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakannya.
Motif pembunuhan masih dalam siasatan…

Menurut polis, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua mangsa yang mungkin berkaitan hubungan terlarang mereka.
Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik tragedi ini.
#ApaKataOhmedia
Sudahlah si suami terkejut tengok isteri yang disangka hilang tapi mati dengan kekasih gelap. Mati kena tembak pula tu, aduhai…

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM