Trending
Suami Maut Ditikam Isteri Depan Rumah!
Seorang lelaki maut selepas ditikam berulang kali oleh isterinya dalam kejadian tragis di hadapan rumah mereka di Kajang pada Ahad malam.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang merupakan seorang kontraktor berusia 60 tahun itu diserang isterinya yang berusia 59 tahun dipercayai akibat perselisihan faham.
Polis tahan suspek di lokasi kejadian

Suspek telah ditahan di tempat kejadian dan senjata digunakan turut dirampas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.
Polis menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan beberapa sampel lain bagi membantu siasatan.
Mangsa yang sudah 37 tahun berkahwin dengan suspek, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan tikaman.
Suspek direman 5 hari, kes disiasat mengikut Seksyen 302

Suspek kini direman selama lima hari, sehingga 21 Februari, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
#ApaKataOhmedia
Setiap konflik dalam rumah tangga perlu diselesaikan secara matang. Dapatkan bantuan kaunseling atau pihak berwajib jika emosi tidak terkawal, jangan sampai tragedi seperti ini terjadi!

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM