Connect with us

Oh! Media

“Aku Kat Negara Mana Ni?” – Achey Luah Rasa Kecewa Dengan Isu Red Carpet AJL

Ohmedia achey Ajl

Oh! Artis

“Aku Kat Negara Mana Ni?” – Achey Luah Rasa Kecewa Dengan Isu Red Carpet AJL

Anugerah Juara Lagu (AJL) sememangnya antara acara muzik paling berprestij di Malaysia. Namun, di sebalik kemeriahan malam anugerah tersebut, terdapat satu isu yang menarik perhatian ramai iaitu Red Carpet AJL.

BACA: “Perlu Ke Memondan?” – Lelaki Pakai Macam Perempuan Di AJL39, Netizen Tampil Beri Teguran

Pelawak terkenal, Achey menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang berlaku di acara karpet merah itu.

IKLAN

Red carpet jadi perhatian, tapi bukan sebab fesyen?

Red Carpet Ajl

Achey mempersoalkan hala tuju dan tumpuan media terhadap sesi red carpet yang baginya fokus kepada perkara yang tidak perlu.

Makin berani… dalam social media… yang lalu kat red carpet tu orang nak tengok lelaki dan perempuan… mmg takda lain dah.. 2 ni je…

Pelawak ini mempersoalkan peranan media yang seolah-olah menjadikan perkara itu sebagai isu utama dan cuba memanaskan keadaan.

Ajl

Apa yang lebih menimbulkan persoalan buat Achey adalah bagaimana kecaman terhadap sesuatu perkara kini boleh bertukar menjadi strategi pemasaran yang hebat.

Menurutnya, hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang berada dalam industri hiburan, malah generasi muda juga bakal terpengaruh dengan norma yang sedang dibentuk ini.

Anak-anak jadi keliru, sampai tak tahu nak jawab apa

Achey

Achey turut berkongsi kebimbangannya terhadap kesan sosial isu ini kepada anak-anak muda, termasuk anaknya sendiri.

Anak aku tengok Thalita punya posting… pastu keluar posting macam tu… dia tanya lelaki ke perempuan pun aku tergamam nak jawab apa.

Beliau menegaskan bahawa sebagai selebriti, mereka juga perlu bertanggungjawab dalam mendidik generasi muda dengan contoh yang baik, bukannya membiarkan keadaan ini menjadi lebih teruk.

#ApaKataOhmedia

Red carpet sepatutnya menjadi tempat meraikan selebriti dan fesyen mereka. Tetapi, ianya bertukar menjadi kontroversi apabila ada segelintir pihak tidak menghormati nilai serta batas norma masyarakat. Harap kes ini dapat dijadikan pengajaran.

Ohmedia achey Ajl

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Achey


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas