Connect with us

Oh! Media

2 Tahun Lagi Semua Orang Boleh Menginap Di Angkasa

180406094543 1 aurora station 1jpg

Umum

2 Tahun Lagi Semua Orang Boleh Menginap Di Angkasa

Lepas ini, satu lagi pengalaman menginap di hotel akan kita alami apabila sebuah hotel mewah bakal dibina di angkasa lepas dan ia merupakan pertama di dunia dikenali sebagai ‘Aurora Station’. Bakal dilancarkan pada 2021 ini dan akan mengenakan bayaran sebanak AS$9.5 juta atau RM37 juta bagi penginapan selama 12 hari.

Syarikat terbabit, Orion Span mengumumkan, hotel berkenaan akan mula berada di orbit dalam tempoh empat tahun sebelum mampu menerima kunjungan penginapnya dalam tempoh lima tahun.

Berbeza dengan hotel biasa, para penginap tinggal dalam keadaan sifar graviti angkasa dan berpeluang menikmati keindahan bumi dari angkasa lepas serta menyaksikan matahari terbit dan terbenam sebanyak 16 kali sehari.

IKLAN

Hotel yang mampu menampun seramai enam orang penumpang itu termasuk dua kru dan firma itu bakal membina stesen angkasa lepas sendiri tetapi belum mengesahkan perincian pelancarannya dengan mana-mana syarikat.

Jadi, kalau korang berminat, bolehlah membayar wang pendahuluan sebanyak AS&80,000 atau RM309,000 dan korang juga perlu mengikuti latihan selama tiga bulan di pusat kemudahan Orisan Span, Houston, Texas bagi memastikan keselamatan terjamin.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas