Connect with us

Oh! Media

Projek Tambak Laut, Persatuan Nelayan Tidak Berminat Dengan Pampasan

ohmedia2b tambak 1png

Umum

Projek Tambak Laut, Persatuan Nelayan Tidak Berminat Dengan Pampasan

Persatuan Nelayan Pulau Pinang menolak projek tambak laut kerana menutup sumber mata pencarian nelayan setempat disamping memusnahkan sumber perikanan di perairan negeri berkenaan. Meskipun ditawarkan pampapasan oleh kerajaan Pulau Pinang, nelayan setempat tidak berminat kerana dilihat tidak berbaloi untuk jangka masa yang panjang.
“Saya boleh katakan semua nelayan di negeri ini tidak bersetuju dengan projek tambak laut sebab itu kami turun berarak ke Parlimen baru-baru ini bagi menunjukkan kesungguhan kami menolak cadangan tambak laut ini sepenuhnya, bukannya mendesak mahu diberi pampasan,” kata Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) , Nazri Ahmad.
Menambah, Nazri Ahmad melahirkan rasa kecewa dengan pendirian Kerajaan Negeri yang seolah-olah menggambarkan nelayan negeri ini bersetuju dengan projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri ini sekiranya diberi pampasan setimpal.
Pihaknya juga berharap Kerajaan Negeri akan melibatkan persatuan nelayan dalam pertemuan khas itu, yang akan diadakan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, nanti.
Chow pada Selasa mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengatur pertemuan khas dengan Anwar bagi menjelaskan mengenai rancangan projek itu susulan pertemuan Anwar dengan lebih 200 nelayan di Teluk Kumbar di sini pada Sabtu lepas.
Sumber: Awani

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas