Connect with us

Oh! Media

Neelofa Tarik Diri Daripada ABPBH? Seriously!?

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillah2b252822529png

Umum

Neelofa Tarik Diri Daripada ABPBH? Seriously!?

Pengacara yang paling popular, siapa je tak kenal kalau bukan Neelofa? Dia ada umumkan yang dia ni nak tarik diri daripada join Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tahun ini dan juga tahun yang akan datang. Pengumuman dia tu telah dibuat melalui satu kenyataan yang di upload di Twitternya, @Neelofa pada hari ini. Biar betul sis? But why?

Tetapi Neelofa ni ada bagitahu yang dia membuat keputusan tu sebab jadual dia yang sangat padat dengan bisnes dia. So dia ni sibuk lah sehingga dia rasa susah nak beri tumpuan diantara karier seni dan bisnes. Walau macam mana pun ABPBH still berlangsung, dia tetap nak support. Sis suka betul dengan Neelofa ni sebab dia memberi inspirasi dekat semua orang.

IKLAN

“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni. Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah.

“Lofa ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada akhbar Berita Harian dengan pengumuman penganjuran ABPBH32. Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni.

“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian? Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas