Connect with us

Oh! Media

CEO Starbucks Terima Bayaran RM420 Juta Selepas 4 Bulan Bekerja

Ohmedia 4b633aa2 0316 4fa0 8523 5bf0908dc59d

Trending

CEO Starbucks Terima Bayaran RM420 Juta Selepas 4 Bulan Bekerja

Rezeki durian runtuh bila ditawar jawatan dalam syarikat terkemuka dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks Corporation, Brian Niccol telah diberi bayaran sebanyak AS$96 juta (RM420.2 juta) walaupun baru empat bulan bergelar CEO syarikat itu.

Ini menjadikan Niccol antara CEO yang memperolehi bayaran tertinggi di Amerika Syarikat dan berjaya mengatasi tokoh korporat seperti Sundar Pichai (Google) dan Tim Cook (Apple), masing-masing menerima dalam anggaran AS$75 juta (RM328 juta) tahun lepas.

Bonus diperolehi Niccol

Starbucks

Terdapat laporan mengatakan 94% pendapatan Niccol datang daripada Anugerah Saham dan majoriti itu bergantung kepada prestasi syarikat. Selain itu, beliau juga menerima bonus log masuk sebanyak AS$5 juta (RM21.8 juta) sebulan selepas dilantik menjadi CEO dan diberi kemudahan lain seperti perumahan dan boleh menggunakan jet syarikat.

IKLAN

Starbucks juga perlu menanggung kos perumahan Niccol berjumlah AS$143,000 (RM626,000) dan penerbangan ulang alik dari California ke ibu pejabat syarikat di Seattle sebanyak AS$72,000 (RM312,216).

Starbucks hadapi cabaran sebelum perlantikan Niccol

Starbucks

Sebelum ini Starbucks melalui tempoh sukar  di bawah kepimpinan CEO lama di mana syarikat mereka berdepan penurunan jualan global, persaingan daripada pesaing kos rendah di China serta diboikot di Timur Tengah.

Untuk pengetahuan korang, saham Starbucks telah merosot kira-kira 20%, berbanding kenaikan lebih 80% dalam pasaran luas S&P 500 sejak lima tahun lepas.

#OhmediaNasihat

Berita ini menunjukkan bagaimana syarikat terkemuka terpaksa melabur besar untuk mendapatkan CEO berkualiti tinggi.

Sekiranya ingin berjaya, bukan hanya sekadar mempunyai pengalaman tetapi mampu membawa perubahan yang  positif untuk  syarikat. 

Ohmedia 4b633aa2 0316 4fa0 8523 5bf0908dc59d

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas