Connect with us

Oh! Media

Anak Lan Solo Dihempap Lelaki Warga Asing

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillah2b252892529png

Umum

Anak Lan Solo Dihempap Lelaki Warga Asing

Muhammad Akid Qassyaff anak kepada Lan Solo yang berumur 4 tahun kena hempap dengan seorang lelaki dewasa time bermain luncur ais di shopping mall dan nasib baik tak cedera parah tau! Akid masa itu tengah bermain luncur ais buat pertama kali dan terjatuh sebab dia tak dapat nak menyeimbangkan badan dia.

Tiba-tiba ada seorang lelaki mat salleh tak sempat nak elak anaknya lalu terjatuh dan menghempap belakang badan. Mengucap sis bila tahu kisah ini yang dikongsi oleh isteri Lan, Nur Sheila Hassim. Nasib baik anak dia okay.

“Lelaki mat salleh itu jatuh hempap atas belakang Akid dan dia tak boleh bangun langsung. Ketika itu bermacam-macam saya fikirkan sebab saya dan Lan berada di luar gelanggang ais. Selepas lelaki itu menghempapnya, Akid tidak bergerak dan hanya menangis sekuat-kuatnya. Alhamdulillah, pihak ice skating bertindak pantas dan lelaki tu juga nampak sangat risau dan takut kalau pinggang Akid patah.

IKLAN

“Dia mengaku jatuh atas badan Akid yang berat dia baru 16kg, manakala berat lelaki tu dalam 90kg lebih. Ini cuma sekadar cadangan, kalau di masa depan pihak ice skating boleh asingkan tempat untuk yang amatur dan yang dah mahir.

“Yang dah mahir ni suka tunjuk aksi yang mereka boleh meluncur laju sehingga tak sempat nak berhenti dan akibatnya terlanggar orang lain. Sekadar cadangan sahaja. Apapun terima kasih kepada semua yang membantu tadi,” katanya.

Isteri Lan Solo tetap tak salahkan mana-mana pihak setelah kejadian tu berlaku. Tetapi dia berharap agar pihak ice skating dapat membahagikan tempat untuk orang yang baru pertama kali main dan orang yang dah pandai main. Hmmm, betul juga apa yang isteri Lan cakap tu. Semoga benda ini tak terjadi lagi selepas ini.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas