Connect with us

Oh! Media

Empat Sekeluarga Cedera Selepas Kereta Rempuh Tayar Lori Tercabut

Ohmedia 324c6e4e 2d46 4685 9646 f34cbd6792e9

Trending

Empat Sekeluarga Cedera Selepas Kereta Rempuh Tayar Lori Tercabut

Dilaporkan telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) malam tadi membabitkan empat sekeluarga berpunca dari tayar lori tangki yang tercabut di Kilometer (KM) 199, menghala ke selatan dekat Sitiawan.

Kereta Toyota Yaris yang dipandu mangsa telah melanggar tayar lori sebelum mengalami kemalangan melibatkan kesemua mangsa iaitu seorang wanita berusia 36 tahun yang tersepit, seorang lelaki berumur 35 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan empat tahun.

Beberapa kenderaan turut terlibat

Lori

Kemalangan itu juga menyebabkan lagi dua kereta iaitu Mercedes dan Honda Civic merempuh tayar lori tersebut namun mangsa tidak mengalami kecederaan.

IKLAN

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan serta BBP Seri Manjung tiba di lokasi kemalangan dalam masa 13 minit. Operasi menyelamat selesai pada jam 10.36 malam.

Ketua operasi melaksanakan size-up, seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (System Approach To Victim Entrapment Rescue) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

Seorang mangsa yang tersepit dibawa oleh EMRS (Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan), manakala tiga mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) untuk tindakan selanjutnya.

#OhmediaNasihat

Keselamatan di jalan raya perlu menjadi keutamaan semua pihak bagi mengelakkan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan berat seperti lori.

 

Ohmedia 324c6e4e 2d46 4685 9646 f34cbd6792e9

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas