Connect with us

Oh! Media

Sebuah Kafe Di India Terima Plastik Sebagai “Bayaran” Makanan

ohmedia plastik 1png

Umum

Sebuah Kafe Di India Terima Plastik Sebagai “Bayaran” Makanan

Sumber : Google

Mungkin kedengaran pelik bagi kita menggunakan plastik untuk membayar makanan. Selalunya kita menggunakan plastik dengan tujuan membungkus makananan. Lain pula ceritanya di India. Sebuah kafe di New Delhi yang akan dibuka menawarkan perkhidmatan menukar plastik kepada makanan.

Kafe yang dikenali sebagai “Garbage Cafe” atau Kafe Sampah itu diwujudkan untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat kepada golongan miskin dan gelandangan selain untuk menjaga kebersihan bandar berkenaan.

Semua orang dialu-alukan mendermakan plastik. Kafe ini akan dikendalikan kaum wanita dan persiapan sedang dibuat, kata Datuk Bandar Ajay Tirkey.

Hidangan yang ditawarkan adalah mengikut berat yang telah ditetapkan. Untuk satu kilogram plastik, mereka akan mendapat makanan berupa kari dengan nasi, lentil dan papadom. Manakala bagi setengah kilogram, akan menerima samosa, donut lentil atau roti sumbat.

IKLAN

Yang lebih menarik, selapas kafe ini dikenali, akan ada rancangan untuk membuka kafe dengan idea berkenaan dibeberapa buah negara, misalnya Kemboja dan Belgium. Tapi tahukah korang, India juga turut menggunakan plastik untuk membina jalan raya mereka.


Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas