Connect with us

Oh! Media

Pulangkan Tin Susu Yang Diambil, Rayu Bapa Pemilik Treler Susu

Ohmedia susu 1png

Umum

Pulangkan Tin Susu Yang Diambil, Rayu Bapa Pemilik Treler Susu

Masih ingat kes treler susu terbalik pagi semalam di Kelantan? Kemalangan berkenaan membuatkan penduduk kampung seperti berpesta kerana dapat mengutip susu tin yang bertaburan. Tetapi sebaliknya, bapa kepada pemilik treler susu berkenaan merayu agar susu-susu yang diambil di kawasan kemalangan berkenaan dipulangkan kembali kepada beliau.

Beliau mendakwa, akibat perbuatan orang ramai yang mengambil susu yang bertaburan dikawasan kemalangan tersebut, bapa kepada pemilik treler susu berkenaan terpaksa membayar kos kerugian RM120,000.

Menurut bapa kepada pemilik treler susu berkenaan, Azizan Zainudin, anaknya serta seorang lagi pekerja dalam perjalanan menghantar 1500 karton tin susu dari Klang ke gudang di Pengkalan Chepa sebelum mengalami kemalangan. Hanya 149 karton dan 11 tin susu sahaja yang dapat mereka selalamatkan manakala selebihnya diambil oleh orang ramai.

IKLAN

Oleh itu, beliau merayu agar tin-tin susu yang diambil dipulangkan kembali kepada mereka agar dapat memudahkan urusan beliau dan anaknya dengan pemilik sebenar tin-tin susu berkenaan. Beliau menambah, mereka yang ingin memulangkan boleh berbuat demikian dengan menghantar terus kerumah atau letakkan kembali tin-tin susu berkenaan di tempat kemalangan.

Sumber : New Malaysia Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas