Connect with us

Oh! Media

FaceApp Nafi Jual Data Pengguna

faceapp 1563384774jpg

Umum

FaceApp Nafi Jual Data Pengguna

Aplikasi FaceApp, korang dah cuba? Dulu kalau korang ingat, ia telah viral sekali dan kini ia kembali dengan beberapa kemaskini yang membuatkan wajah korang berubah dengan lebih jelas dan real. Korang boleh lihat wajah pada masa hadapan, beramput panjang, pendek, menjadi wanita mahupun kembali muda. Semua ini dapat kita ramalkan dengan hanya menggunakan aplikasi ini.

Namun sebelum ini ada maklumat mengatakan penggunaan aplikasi FaceApp ini bahaya kerana ia mungkin akan menganggu privasi pengguna. Maklumlah, kalau korang dapat lihat, sekarang semua orang akan berkongsi wajah tua mereka di sosial media dan ini bagi Ohmedia juga boleh membahayakan diri korang.

Namun, pihak FaceApp tampil menjawab isu ini apabila syarikat dari Rusia iaitu Wireledd Labs menyatakan mereka sebenarnya tidak mempunyai akses kepada foto pengguna di dalam telefon tanpa kebenaran. Mereka juga mendakwa bahawa semua gambar yang dimuat naik pengguna akan dipadam daripada server selepas 48 jam.

IKLAN

Isu lain, ada juga yang mengatakan pihak FaceApp telah menjual data-data pengguna ini kepada pihak ketiga, dan ia sekali lagi dinafikan oleh syarikat terbabit kerana walaupun mereka mempunyai akses kepada foto yang dimuatnaik, kesemua gambar itu akan dimuat naik di dalam cloud.

Jadi Ohmedia sarankan, untuk korang yang rasa takut dengan semua ni, janganlah main aplikasi ni. Tapi untuk korang yang masih ingin mencuba, mungkin boleh cuba pergi “Settings->Support->Report a bug” dengan perkataan “privacy”. Ini perkongsian FaceApp sendiri tau.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas