Trending
Terkini! Rumah Che Ta Diserbu, Didakwa Tidak Bayar Hutang MARA Berjumlah RM1 Juta
Rumah pelakon, Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kota Damansara, pagi tadi.
Menurut laporan Kosmo, ketika serbuan dilakukan oleh pihak MARA, hanya ibu kepada pelakon sensasi itu yang berada di kediaman mewah berkenaan.
Che Ta didakwa gagal lunas hutang mencecah RM1 juta

Difahamkan, serbuan tersebut dilakukan susulan kegagalan pelakon berkenaan melunaskan pinjaman daripada agensi itu yang mencecah hampir RM1 juta.
Tindakan ini dipercayai bertujuan untuk membolehkan pihak MARA menilai aset-aset dalam kediaman tersebut sebagai langkah awal bagi proses penyitaan.
Kira-kira sejam selepas serbuan berlangsung, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi, dilaporkan tiba dan memasuki rumah tersebut.
