Connect with us

Oh! Media

Hukum Waris Mendiamkan Hutang Si Mati

img 7762png

Umum

Hukum Waris Mendiamkan Hutang Si Mati

Soalan:
Adakah wajib mengaku dengan hutang yang ada atas mayat?

Jawapan:
Wajib atas segala waris membuat pengakuan dengan segala hutang yang ada atas mayat. Dan tidak harus bagi segala waris itu menyembunyikan segala hutang apabila adalah waris tersebut mengetahuinya bahawa mayat ada berhutang atau telah berdiri dalil dan bukti atas wujud hutang tersebut.

Ini adalah kerana menyembunyikan hutang si mati itu termasuk memakan harta manusia secara batil.

IKLAN

Firman Allah Taala:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
“Seseungguhnya Allah menyuruh kamu semua menunaikan amanah itu kepada ahlinya.” (An-Nisaa’ : 58)

Dan bermula membayar segala hutang dari harta peninggalan mayat itu ialah selepas daripada diselesaikan mandi, kafan, solat dan tanamnya dan sebelum dari membahagikan pusakanya.

Hendaklah dijaga hak segala tuan hutang itu bergantung dengan harta peninggalan mayat.

Tidak menjadikan kewajipan atas waris membayar hutang mayat dengan menggunakan harta mereka sendiri.

Maka jika waris membayar hutang mayat dengan harta mereka maka terlepas tanggungjawab si mati tersebut dan jadilah perbuatan itu kebajikan. Dan mustahaklah para waris itu mendapat ganjaran dan pahala atas amal kebajikkan tersebut.

Kesimpulan

1. Wajib atas segala waris yang tahu bahawa mayat ada berhutang untuk membayarnya.

2. Bayaran hutang mayat adalah diambil dari harta yang ditinggalkan oleh mayat.

3. Apabila waris mengetahui bahawa mayat ada berhutang maka haram para waris mendiamkannya.

4. Waris tidak wajib membayar hutang mayat dengan harta sendiri tetapi sunat.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas