Connect with us

Oh! Media

“Kaki Pukul Ni Takkan Berubah, Sama Ada Muka Handsome Atau Tak” – Shila Amzah

Ohmedia shila Amzah 2

Oh! Artis

“Kaki Pukul Ni Takkan Berubah, Sama Ada Muka Handsome Atau Tak” – Shila Amzah

Baru-baru ini, pelakon dan bekas model Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita yang sudah 20 tahun berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata tidak mampu lagi bertahan dan nekad menfailkan cerai.

“Kaki pukul takkan berubah, sama ada muka handsome atau tak handsome” – Shila Amzah

Memberi respon kepada isu tular tersebut, penyanyi popular Shila Amzah turut memberikan pendapat peribadinya.

IKLAN

Shila berkongsi temubual Zahnita dengan Melodi menggambarkan seorang kaki pukul tidak akan pernah berubah.

Shila Amzah

Penyanyi ini memberi peringatan keras kepada wanita agar tidak dikaburi dengan keadaan fizikal pasangan.

Some might stay with the abuser sebab selalu ingat takde jalan keluar. Dan abuser ni pandai, dia akan buat you buang semua kawan-kawan you. And make you depend 100% dekat dia.

Pesannya, jika seorang wanita sedar sedang bercinta dengan kaki pukul atau kaki maki hamun, segeralah lari daripada perhubungan tersebut.

“Time baik, dia akan layan you konon like a princess”

Shila Amzah 1

Menurut Shila, kaki pukul sering menggunakan taktik manipulasi emosi untuk memastikan wanita kekal bersama mereka.

Tambahnya lagi, adakalanya kaki pukul ini akan menangis menyesali perbuatan dan melayani pasangan seperti puteri raja ketika sedang baik.

Tetapi apabila hilang ‘kewarasan’, kaki pukul akan mendera emosi dan fizikal pasangannya semula.

#OhmediaNasihat

Setuju dengan pendapat Shila Amzah tu. Apabila korang terperangkap dalam hubungan toksik seperti ini, segeralah cari jalan keluar dan pertolongan. Isu keganasan rumah tangga adalah isu serius yang tidak boleh diabaikan. Jangan biarkan diri terus menjadi mangsa!

Ohmedia shila Amzah 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Shila Amzah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas