Connect with us

Oh! Media

Keluarga Mangsa Kemalangan Jalan Kerinchi Tekad Saman Pemandu Lori

Ohmedia lori mengundur kemanlangan

Oh! Tidak

Keluarga Mangsa Kemalangan Jalan Kerinchi Tekad Saman Pemandu Lori

Keluarga Muhammad Hanis Sehat, mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kerinchi, Sabtu lalu, merancang untuk memfailkan saman terhadap pemandu lori yang menyebabkan insiden tersebut.

Menurut abangnya, Muhammad Hanif Sehat, mereka berharap pemandu lori itu dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.

Kami merancang ambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban.- Kata Hanif.

Mangsa seorang anak yang baik & mesra

Hanif menyifatkan adiknya sebagai seorang individu yang baik hati dan mudah berkawan. Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi, namun destinasi adiknya ketika itu tidak diketahui.

IKLAN

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, memaklumkan bahawa pemandu lori berusia 32 tahun itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

BACA: Polis Tahan Pemandu Lori Mengundur, Rupanya Sedang Isi Minyak Brek

Video insiden kejadian tular menaikkan kemarahan orang ramai…

Kejadian tragis ini turut tular di media sosial. Berdasarkan rakaman, lori tersebut bergerak secara mengundur ketika proses mengisi minyak brek. Lori itu melanggar pagar keselamatan sebelum memasuki jalan utama dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

Mangsa terjatuh dan terperosok di bawah tayar belakang lori, lalu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ohmedia lori mengundur kemanlangan

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas