Connect with us

Oh! Media

Sindiket Jual Laporan Perubatan Oleh Doktor dan Pakar Dikesan, Dakwa PERKESO

Ohmedia perkeso 1jpg

Umum

Sindiket Jual Laporan Perubatan Oleh Doktor dan Pakar Dikesan, Dakwa PERKESO

Sumber : Berita Harian

Pandai betul orang cari duit sekarang ya? Dulu kes jual MC, sekarang naik sikit level dia, jual laporan perubatan untuk tuntutan pampasan dari PERKESO. Laporan berkenaan dijual oleh doktor dan pakar perubatan dengan tujuan pampasan yang difailkan diluluskan dengan mudah oleh PERKESO.

Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO mendakwa pihaknya telah melaporkan lebih 100 kes pihak PDRM dan SPRM kerana sindiket berkenaan cubaan menipu sistem yang disedarinya mempunyai kelompangan dari segi sistem penilaian tuntutan pampasan.

Dalam nada tegas, beliau tidak akan berkompromi dengan hal-hal sedemikian terutama berkaitan salah laku dan penipuan yang dilakukan oleh penuntut pampasan. Mereka berbuat demikian kerana mahukan manfaat bayaran pampasan yang diteruskan selepas umur persaraan iaitu 60 tahun, supaya sekurang-kurangnya mereka mempunyai ‘jaminan’ selepas bersara.

IKLAN

Beliau juga mendakwa pihak Majlis Perubatan Malaysia mengambil sikap berpeluk tubuh mengenai isu jual laporan perubatan oleh doktor dan pakar perubatan dan hanya bertindak sekiranya pihak PERKESO dapat mengemukan bukti yang kukuh walaupun sudah melaporkan isu ini beberapa kali kepada mereka.

Pandangan Ohmedia tentang tuntutan ini, senang cerita, tuntutan pampasan akan diluluskan sekiranya penyakit yang dihidapi mengganggu prestasi kerja si penuntut berkenaan. Itu sebab bila dah berlaku kes jual laporan perubatan, meskipun laporan perubatan korang diperoleh dengan cara yang sah, PERKESO masih mengambil masa untuk menilai kes berkenaan kerana bimbang si penuntut ada agenda tersendiri.

Sumber : Berita Harian


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas