Connect with us

Oh! Media

Bos ‘Rare’ Di Malaysia! Hadiahkan Kepada Pekerja 31 Kereta Jutaan Ringgit!

Ohmedia bos

Oh! Inspirasi

Bos ‘Rare’ Di Malaysia! Hadiahkan Kepada Pekerja 31 Kereta Jutaan Ringgit!

Tidak ramai bos yang sanggup menghargai pekerja mereka dengan hadiah yang luar biasa. Tetapi, pemilik restoran (Warakuya Japanese Restaurant) dan Superstar Family KTV di Malaysia ini membuktikan sebaliknya.

Memetik laporan China Press, demi menunjukkan penghargaan kepada empat kakitangan veteran yang telah lama berkhidmat, beliau menghadiahkan setiap seorang sebuah kereta BMW mewah dengan kos keseluruhan hampir RM1.8 juta.

Seramai 31 pekerja dapat hadiah kereta

Bukan sekadar hadiah BMW, bos yang pemurah ini turut menghadiahkan kereta kepada pekerja lain yang berjaya dinaikkan pangkat, termasuk pekerja asing.

IKLAN

Jenama Audi, Toyota, Honda, dan Proton menjadi pilihan untuk setiap penerima, mengikut keperluan dan pangkat masing-masing.

Bagi pekerja asing yang tidak mempunyai lesen, syarikat juga bersedia menanggung kos ujian memandu sehingga mereka memperoleh lesen yang sah!

Dah jadi tradisi syarikat

Bos
Kredit Facebook

Menurut Pengerusi Eksekutif Tian Wang Ju Sing Group, Huang Zhong Yao, syarikatnya mempunyai tradisi tahunan memberikan kereta kepada pekerja yang memberi sumbangan besar kepada syarikat.

Tahun ini sahaja sebanyak 31 pekerja menerima kereta baru dengan jumlah keseluruhan mencecah RM3.134 juta.

Upacara penyerahan kereta ini akan dibuat secara berperingkat dan empat penerima pertama mendapat BMW Series 6 mewah.

Empat kereta BMW ini adalah untuk empat orang ‘veteran’ yang telah lama bersama-sama membangunkan syarikat, sebagai tanda terima kasih atas sumbangan besar mereka.

Ujar beliau lagi, pekerjanya dianggap lebih daripada pekerja biasa kerana mereka adalah tulang belakang syarikat yang telah membawa syarikat ke tahap yang ada hari ini.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menunjukkan pentingnya menghargai pekerja yang berdedikasi. Setiap penghargaan yang diberikan, walaupun kecil atau besar, mampu memberikan motivasi dan kesetiaan kepada pekerja.

Ohmedia bos

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: China Press


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas