Oh! Artis
Cik Epal Dapat Tawaran Kerja Dengan Gaji Bermula RM1,700
Restoran makanan terkenal Pak Mat Western hari ini menawarkan pekerjaan kepada pempengaruh dan usahawan Cik Epal sebagai Live Host.
Menurut Pak Mat Western, Cik Epal hanya perlu accept post collaboration di Instagram menandakan usahawan itu bersetuju menerima tawaran tersebut.
Tingkat gaji yang ditawarkan adalah sebanyak 1.7K sebulan untuk tempoh percubaan dan akan dinaikkan berdasarkan prestasi yang dipamerkan sepanjang tempoh percubaan berlangsung.
Cik Epal juga layak menerima elaun kedatangan sebanyak 150 sebulan.
Cik Epal terima tawaran dari Pak Mat Western

Tanpa menunggu masa yang lama Cik Epal terus menerima tawaran tersebut asalkan jumlah yang ditawarkan sebanyak RM200,000.
RM200k baru saya onzz – Cik Epal
Nampaknya Cik Epal akan terus Mendonia dengan Pak Mat Western yang sebelum ini memanggil Fattah Amin untuk menjadi Live Host di TikTok.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM