Connect with us

Oh! Media

Korban Kurang Dari Tujuh Bahagian

img 8251png

Umum

Korban Kurang Dari Tujuh Bahagian

Soalan:
Berlaku ditempat saya apabila hendak disembelih lembu korban, peserta korban yang hadir hanya 6 orang kurang seorang. Adakah sah korban dengan hanya 6 bahagian untuk seekor lembu? Ada yang mengatakan tidak sah. Mohon penjelasan.

Jawapan:
Harus berkongsi 7 orang menyembelih haiwan korban dari jenis lembu dan unta dan jika berkongsi kurang dari 7 orang pada lembu dan unta adalah harus dan sah korban tersebut.
Bahkan berkata ulama’ jika kurang dari 7 orang adalah lebih utama kerana lebih banyak daging yang dapat kepada orang yang berkongsi sekalipun dalam jumlah mereka itu ada yang bahagiannya banyak dan ada yang bahagiannya sedikit seperti seorang mengambil 1 bahagian manakala seorang lagi mengambil 4 bahagian.

Yang tidak sah ialah berkongsi pada seekor lembu atau unta melebihi 7 orang.

IKLAN

Berkata Imam Syafie:

وإذا كانوا أقل من سبعة أجزأت عنهم ، وهم متطوعون بالفضل ، كما تجزي الجزور (البعير) عمن لزمته شاة ، ويكون متطوعا بفضلها عن الشاة ” انتهى
“Dan apabila adalah mereka yang berkongsi itu kurang dari tujuh maka memadai korban tersebut dari mereka itu. Dan mereka mendapat lebih ganjaran dengan yang lebih itu. Sebagaimana memadai sembelih unta bagi mereka yang lazim atasnya sembelih kambing. Dan jadilah kelebihan pada ganjarannya dibandingkan dengan kambing.” (Kitab Al-Umm 2/244)

Berkata Imam Al-Kasani:

وَلَا شَكَّ فِي جَوَازِ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ عَنْ أَقَلَّ مِنْ سَبْعَةٍ ، بِأَنْ اشْتَرَكَ اثْنَانِ أَوْ ثَلَاثَةٌ أَوْ أَرْبَعَةٌ أَوْ خَمْسَةٌ أَوْ سِتَّةٌ فِي بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ ؛ لِأَنَّهُ لَمَّا جَازَ السُّبْعُ فَالزِّيَادَةُ أَوْلَى ، وَسَوَاءٌ اتَّفَقَتْ الْأَنْصِبَاءُ فِي الْقَدْرِ أَوْ اخْتَلَفَتْ ؛ بِأَنْ يَكُونَ لِأَحَدِهِمْ النِّصْفُ ، وَلِلْآخَرِ الثُّلُثُ ، وَلِآخَرَ السُّدُسُ” انتهى
“Dan tiada syak pada harus unta dan lembu dari yang kurang daripada tujuh orang dengan bahawa berkongsi oleh dua orang atau tiga orang atau empat orang atau lima orang atau enam orang pada menyembelih seekor unta atau lembu. Kerana apabila harus oleh tujuh bahagian maka tambahan pada daging adalah lebih utama samada bersamaan pada pembahagian atau bersalahan seperti salah seorang mereka separuh dan yang seorang lagi satu pertiga dan yang seorang lagi satu perenam.” (Kitab Badai’u Shona’ik 5/71)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas