Oh! Artis
“Eh, Ini Bukan Aku” – Amir Ahnaf Dikecam Gara-Gara Foto Peluk Dan Chat ‘Nakal’, Ini Penjelasan Sebenar!
Pelakon yang kian dikenali, Amir Ahnaf, akhirnya memecah kebisuan apabila tampil memberi penjelasan setelah tersebarnya dakwaan menjalin hubungan mesra bersama seorang wanita Singapura.
Menerusi temubual bersama Melodi, Amir mengakui terkejut melihat screenshot yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Tak pernah jalin hubungan dengan wanita dari Singapura

Saya tak pernah mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita dari Singapura. Saya pun terkejut ada ‘screenshot’ tu. Tetapi itu bukan saya. Bila tengok saya macam, ‘Eh, ni bukan aku, jadi kenapa nak salahkan aku?’
Aktor ini menegas dakwaan yang tersebar di media sosial selama ini adalah fitnah semata-mata. Dia bukanlah individu yang dimaksudkan dalam screenshot yang tular.
Gambar Mesra Dan Perbualan Tular di Instagram


Sebelum ini, nama Amir Ahnaf menjadi bualan hangat apabila beberapa screenshot perbualan bersama seorang wanita dari Singapura tersebar.
Perbualan itu menunjukkan Amir didakwa mengajak wanita dikenali sebagai Sofia, yang baru berusia 18 tahun, untuk datang ke rumah dan meluangkan masa bersama.
Tidak terhenti di situ, tular juga beberapa foto mesra Amir bersama seorang wanita menunjukkan mereka berpelukan menyebabkan aktor tersebut dikritik hebat oleh warga maya.
Dalam pada itu, Amir menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa yang dikeluarkan di media sosial.
#OhmediaNasihat
Dalam dunia media sosial yang penuh dengan kontroversi dan spekulasi, Ohmedia nak ingatkan korang untuk sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum membuat kesimpulan. Jangan mudah terpengaruh dan sebarkan berita yang belum tentu benar!

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM