Connect with us

Oh! Media

Pengecas Iphone Tiruan Membolehkan Si Penggodam Godam Komputer Korang!

Ohmedia applehack 1jpg

Umum

Pengecas Iphone Tiruan Membolehkan Si Penggodam Godam Komputer Korang!

Sumber dari TechCrunch

Tahukah korang, bahawa ada pengecas iphone tiruan sedang dicipta untuk kegunaan menggodam komputer. Pengecas berkenaan dibangunkan oleh pengkaji keselamatan, Mike Grover.

Mike Grover mencipta pengecas seakan pengecas Iphone Lighthing biasa yang digunakan untuk iTunes. Menurutnya, pengecas akan berfungsi apabila kabel pengecas berkenaan disambung kepada pada komputer yang berhubung dengan rangkaian wifi.

Jelasnnya, setelah kabel bersambung dengan komputer berkenaan, ia membolehkan penggodam mempunyai kawalan dari jauh terhadap pengecas tersebut. Walaubagaimanapun ia berkata, pengecas berkenaan hanyalah sebuah prototaip.

IKLAN

“Ia kelihatan seperti kabel yang asli dan berfungsi seperti biasa, bahkan komputer anda tidak menyedarinya sehingga saya, sebagai penggodam, secara wayarles mengawal kabel,”

Kabel berkenaan dicipta dengan teliti dengan memodifikasi kabel asli Apple memasukkan “implan” yang mengandungi komponen yang membolehkan komputer dapat diakses dari jauh.

Grover berkata, jarak selamat untuk penggodam melakukan penggodaman adalah 300 kaki. Walaubagaimanpun, antenna yang kuat diperlukan oleh penggodam sekiranya untuk menambah jarak berkenaan.

Untuk info, Apple baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan membayar penggodam lebih daripada $ 1 juta jika mereka berjaya mendedahkan kelemahan keselamatan berbahaya kepada firma itu.

Sumber : Mirror UK

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas