Trending
“Doakan Daddy Ameena Kekal Amanah”- Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya
Pelakon Shakilla Khoriri kini berasa lega apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor telah memberikan keputusan berhubung hak penjagaan anak perempuannya, pada hari Isnin.
Menerusi laporan Gempak, proses hadanah antara Shakilla dan bekas suaminya, Fizi Ali, selesai dengan Shakilla mendapat hak penjagaan penuh ke atas anak mereka, Ameena Sofia yang berusia lima tahun.
Shakilla, atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, berkongsi rasa syukur kerana isu ini dapat diselesaikan selepas hampir setahun proses berjalan.
Walaupun terpaksa melalui banyak proses di mahkamah, Shakilla dan Fizi akhirnya mencapai persetujuan mengenai penjagaan Ameena.
InshaAllah, Allah izin saya untuk jaga sepenuhnya Ameena. Doakan daddy Ameena kekal dengan amanah dan tidak lupa tanggungjawab yang wajib untuk anak kandung dia.
Shakilla turut menegaskan bahawa matlamat utamanya adalah untuk menjaga hak anak perempuannya agar tidak terbeban dengan perpisahan antara ibu bapa.
Beliau mahu memastikan Ameena tidak merasakan sebarang ketidakadilan antara dia dan Fizi.
Aku berlapang dada menerima apa saja keputusan. Cuma aku tak pernah akan give up dengan kebenaran yang aku simpan.
Pertahankan hak Ameena supaya nanti, Ameena tak akan rasa berat sebelah antara Umi atau Daddy dia. Aku pikul tanggungjawab sepenuhnya kerana Allah. Kerana Ameena harta yang tak ternilai untuk aku.
Shakilla juga menegaskan bahawa masa depan Ameena adalah tanggungjawab bersama antara dia dan Fizi, namun terpulang kepada masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin.
Aku dah penat. Kita semua ada kiri dan kanan yang menilai setiap perkara. Jadi terpulang. Tepuk dada tanya selera. Jika baik, baiklah perjalanan kita nanti dekat sana, jika sebaliknya kita juga yang dipersoal. Allahulalam.
Fizi Ali sebelum ini memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla pada 15 Disember 2023, bukan untuk berebut anak, tetapi untuk memastikan Ameena mendapat kasih sayang yang sempurna daripada kedua-dua ibu bapanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 dan mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM