Connect with us

Oh! Media

Shuhada Diminta Hadir Perbicaraan Dalam Aduan Kes, Hafidz Roshdi Pukul

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Shuhada Diminta Hadir Perbicaraan Dalam Aduan Kes, Hafidz Roshdi Pukul

Bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, diminta hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk perbicaraan kes pukul melibatkan dirinya pada 20 Januari 2025.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memerintahkan perkara ini selepas permohonan representasi tertuduh ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, berharap Shuhada akan hadir supaya kes dapat diselesaikan dengan cepat.

IKLAN

Shuhada kena datang untuk sahkan penarikan balik laporan polis. Ini akan jimatkan masa semua pihak.- Katanya.

Akberdin turut menegaskan kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk selesaikan kes secara baik di luar mahkamah dan meminta dokumen penyelesaian, termasuk ganti rugi, diteliti. Dokumen itu telah dikemukakan kepada mahkamah dan pengadu.

Shuhada sebelum ini menarik balik laporan polis pada 6 Julai lalu secara sukarela, namun pendakwaan tetap diteruskan. Hafidz dituduh menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan pada 2 Mac 2023.

Shuhada kini menetap di Melbourne, Australia, bersama dua anak mereka, Humairah dan Umar.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu pada Julai tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak, Humairah, 7, dan Umar, 4.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas