Oh! Artis
Cik Epal Dijodohkan Dengan Fattah Amin, Ini Apa Kata Tuan Badan
Baru-baru ini, pempengaruh terkenal, Cik Epal, disahkan bercerai talak satu dengan usahawan pizza popular, Jofliam.
Susulan berita itu, ramai peminat mula ‘menjodohkan’ Cik Epal dengan pelakon kacak, Fattah Amin. Malah, ada yang menyokong jika perkara itu menjadi kenyataan.
Wah, Cik Epal kata dia onzz je….
Dalam satu Instagram Story, Cik Epal memberi respon positif bila ada yang bertanya jika dia berminat untuk mengenali Fattah.
Onzz je. Lebih daripada senduk nasi aku boleh buat. Aku pandai masak kuey teow goreng wagyu.- Katanya.
Respon selamba itu buat ramai terhibur dan mula guna hashtag #FACE gabungan nama Fattah dan Cik Epal sebagai tanda sokongan!

Sebelum ini, kontroversi rumah tangga Cik Epal dan Jofliam jadi perhatian ramai selepas bekas suaminya dituduh curang dengan staf perempuan bernama Dewi. Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh semua pihak.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM