Connect with us

Oh! Media

Guru Penolong Kanan Ditahan Polis, Disyaki Cabul Murid Perempuan Berusia 12 Tahun

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 14t115914781

Trending

Guru Penolong Kanan Ditahan Polis, Disyaki Cabul Murid Perempuan Berusia 12 Tahun

Baru-baru ini, seorang guru penolong kanan yang berusia 37 tahun ditahan pihak polis kerana disyaki telah mencabul seorang murid perempuan yang berusia 12 tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa dan polis telah mengambil tindakan dengan menahan suspek.

Pengadu melaporkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun telah dipeluk dan dicium serta menerima gambar tidak senonoh daripada suspek yang baru lapan bulan bertugas di sekolah berkenaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh membuat tangkapan terhadap suspek untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek masih belum berkahwin dan kejadian ini bukan kali pertama, malah dia telah melakukan perbuatan tersebut beberapa kali. Setakat ini melibatkan seorang mangsa.

IKLAN

Suspek juga tiada rekod jenayah dan akan direman selama enam hari bermula dari Sabtu hingga Khamis.

Siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menerusi laporan Sinar Harian, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bersedia memberi khidmat kaunseling kepada mangsa sekiranya memerlukan.

Kementerian juga telah mengambil tindakan berkaitan isu tersebut dengan memindahkan individu itu keluar daripada sekolah.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 14t115914781

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas