Connect with us
atuk cabul cucu

Oh! Tidak

Atuk Mengaku Cabul Cucu Saudara Mengaku Bersalah Di Mahkamah

Seorang lelaki bergelar atuk berusia 54 tahun mengejutkan ramai apabila mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu saudaranya yang berusia enam tahun.

Tertuduh, yang bekerja sendiri dituduh melakukan perkara itu di sebuah pondok di Kampung Kenayat, Gerik pada waktu pagi dalam pertengahan tahun 2024. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

IKLAN

Dalam prosiding di mahkamah, tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum membuat pengakuan bersalah. Hakim Rohaida Ishak kemudian menetapkan 12 September sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan menawarkan jaminanan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin. Tertuduh juga tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Hakim kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes ini mendapat perhatian ramai, dengan masyarakat menyeru agar keadilan ditegakkan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua agar melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan.

atuk cabul cucu

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas