Connect with us

Oh! Media

Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Rupanya Rosyam Nor Dah Tahu Perkara Sebenar

Untitled Design   1

Oh! Artis

Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Rupanya Rosyam Nor Dah Tahu Perkara Sebenar

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor akan saman pihak-pihak yang menuduhnya menjadi punca keruntuhan rumah tangga Fattah Amin dan Fazura. Nama pelawak, Bell Ngasri juga terpalit dengan isu ini dan dikatakan turut mengeluarkan kenyataan palsu. Biar betul?

BACADituduh Jadi Punca Fattah Dan Fazura Berpisah, Rosyam Nor Nak Saman Pemfitnah

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, rupanya akaun media sosial yang menggunakan nama Bell itu adalah palsu dan dirinya berasa lega selepas Rosyam juga tahu perkara itu.

IKLAN

Kecoh bila Rosyam buat laporan polis dan tiba-tiba ada nama saya.

Bila pula saya bercerita tentang hal orang? Rupanya ‘fan page’ akaun palsu. Terus saya muat naik penjelasan di Instagram bagitahu bahawa akaun itu bukan saya.

Alhamdulillah rupanya dia (Rosyam) memang dah tahu itu kerja orang lain.

Tapi yang menggelupur saya seorang, fasal benda itu ramai pula guna nama artis untuk buat ‘fan page’ dan muat naik cerita mengarut yang ada unsur fitnah.

Bell juga berkata yang dia tidak tahu apa tindakan yang dia harus lakukan mengenai isu ini selepas ditanya pihak media.

Saya bukan tak nak ambil tindakan tapi saya tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya saya dah pernah tegur jangan guna nama sebab bahaya tapi tiada apa-apa tindak balas.

Jadi bila Rosyam nak saman, saya jadi risau sebab saya ini penakut sikit.

Tapi tidaklah terfikir sampai nak buat laporan polis walaupun sekarang makin dipijak pula bila berdiam diri.

Sekarang ni dah ada banyak akaun palsu yang gunakan nama orang lain untuk buat perkara yang tidak sepatutnya. Hati-hati semua.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas