Menurut laporan dari mStar, ahli GISBH kini giat membuat perancangan baharu agar perniagaan mereka dapat diteruskan.
Terbaru, mereka telah menukar identiti dan imej perniagaan ke jenama baharu supaya tidak diketahui orang ramai terutama pihak berkuasa.
Sumber Gambar mStar
Hasil laporan daripada sumber dalaman yang merupakan bekas ahli GISHB, pekerja di sebuah restoran mereka yang terletak di Mesir telah menggunakan pakaian yang lebih moden serta memberi alasan sudah lama keluar dari syarikat itu.
IKLAN
Sekarang saya dapat maklumat mereka yang mempunyai banyak perniagaan terutama di luar negara, mula tukar imej, identiti mereka pun bertukar.
Macam laporan yang saya dapat dari Mesir, kat sana mereka dah tukar pakai topi, seluar jeans, seluar biasa dan tak nampak lagi identiti asal.
Sumber Gambar mStar
Selain itu, ahli GISBH juga perlu mengatakan bahawa mereka sudah lama keluar dari syarikat itu sekiranya mendapat pertanyaan dari orang luar.
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.