Connect with us

Oh! Media

Rupanya Sebahagian Kanak-Kanak GISBH Telah Di ‘Bin’ Kan Abdullah Dan Ini Sebabnya!

Untitled Design   3

Trending

Rupanya Sebahagian Kanak-Kanak GISBH Telah Di ‘Bin’ Kan Abdullah Dan Ini Sebabnya!

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 329 kanak-kanak yang telah diselamatkan dari rumah amal GISBH.

BACAAkhirnya Polis Dapati Sesuatu Lepas Lakukan Saringan Kesihatan Terhadap Kanak-Kanak Dan Remaja Di Rumah Kebajikan GISBH

Menurut laporan Harian Metro, kesemua individu berkenaan walau bagaimanapun masih belum tampil memberi keterangan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain.

IKLAN

Kita (polis) mendapati mereka ini kemungkinan tidak tahu anak mereka sudah diselamatkan polis. Mungkin juga mereka ini tidak tampil kerana sebelum ini (pihak pengurusan) GISBH mengaku mereka ini anak yatim.

Rupanya ada antara kanak-kanak itu sudah di ‘bin’ kan dengan nama Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak berdaftar dan selepas hamil, baru didaftarkan di Pejabat Agama Islam Negeri mengikut peruntukan undang-undang.

Bukan tu jer, pihak polis juga berkata yang mereka tidak menolak kemungkinan ada antara kanak-kanak yang diselamatkan itu merupakan adik beradik.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas