“Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan”. Itulah yang diperkatakan penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengesahkan rujuk semula dengan Dr Rushdi Ramli dalam tempoh edah.
Menerusi laporan Berita Harian, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses dan tarikh mereka kembali bersama.
Pelantun lagu Hanya Satu ini bersyukur kemelut rumah tangga yang melanda akhirnya selesai dengan baik.
IKLAN
Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun tuhan yang menentukan. Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh idah.
Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin berharap perkara yang sama tidak lagi berulang.
Beliau berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik dan menjadikan kisah mereka sebagai iktibar.
Terdahulu, Nora pada 15 Ogos memuat naik satu video di Instagram menunjukkan suaminya melafazkan cerai selepas selesai solat.
Namun, Nora berkata penceraian dilakukan bukanlah atas kehendak suaminya tetapi terpaksa.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM