Trending
Suami Dakwa ‘Keluar Tabligh’ Tapi Kantoi Curang Dengan Wanita Seksi
Tular di media sosial, seorang suami kantoi curang dengan wanita lain selepas menggunakan alasan keluar menyertai tabligh. Dia tergamak melafazkan cerai terhadap isterinya selepas perbuatannya terbongkar.
Dalam perkongsian di platform X, si suami memberitahu isterinya bahawa dia akan “keluar tabligh” selama tiga hari di Air Itam, Pulau Pinang. Dia meminta isterinya mendoakan dirinya dan mengatakan akan mematikan telefon untuk fokus dalam aktiviti keagamaan.
Saja la depa (kawan) dok ajak B, jumpa kat masjid baru-baru ni. Mungkin Allah sayang kita, Allah hantar orang-orang baik mai ajak kita buat perkara yang baik.- Katanya.
Suami kantoi curang keluarg dengan wanita seksi…
Namun, segala alasan itu terbongkar apabila isterinya mendapati si suami keluar dengan wanita lain. Dalam video yang tular, lelaki itu dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita berpakaian baju paras paha.
Difahamkan, ini bukan kali pertama si suami berlaku curang. Sepanjang dua tahun perkahwinan, dia didakwa telah curang sebanyak enam kali.
Cerai talak 3, kemudian talak 1?
Lebih mengejutkan, lelaki itu sewenangnya melafazkan cerai talak tiga dan kemudian talak satu setelah perbuatan curangnya kantoi.
Tindakan suami tersebut menggunakan agama sebagai alasan untuk curang menimbulkan kemarahan ramai warganet yang menganggap ia tidak wajar.
Kredit: Aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM