Oh! Inspirasi
Lepas Berjumpa PM New Zealand, Khairul Aming Kejar ‘Flight’ Sambut 100 Pekerja Untuk Bercuti
Usahawan dan content creator berjaya, Khairul Aming membuat rakyat Malaysia bangga apabila bertemu dengan Perdana Menteri dari New Zealand.
Dalam pertemuan itu, Khairul Aming sempat memperkenalkan menu sarapan pagi orang Malaysia iaitu roti jala, nasi lemak, teh tarik dan pelbagai kuih tradisional.
Difahamkan, Christopher Luxon bertemu dengan Khairul Aming sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini.
Pertemuan itu juga sebagai tanda terima kasih daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuat Khairul Aming ketika melancong ke negara itu sebelum ini.

Terbaru, selepas berjumpa dengan PM New Zealand, Khairul Aming bergegas mengejar pesawat kerana mahu menjemput 100 pekerja kilang Nyet untuk percutian tahunan.
Selama tempoh percutian itu, tiada jualan sambal Nyet dan dendeng Nyet dibuat kerana mahu memberi peluang kepada pekerja berehat.
Khairul Aming mengambil kesempatan itu berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberi ucapan tahniah kepadanya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Khairul Aming
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM