Oh! Artis
Hantaran Terbaru Fazura Undang Perhatian Ramai, Tanya Mana Fattah Amin?
Sebelum ini, pelakon Fazura dilihat menghadiri konsert penyanyi antarabangsa, Adele di Munich, Jerman berseorangan tanpa suaminya, Fattah Amin telah menimbulkan persoalan.
BACA: Video Fazura Hadiri Konsert Adele Di Jerman Tanpa Kelibat Fattah Amin Undang Tanda Tanya Ramai
Terbaru! Menerusi Instagram, Fazura memuat naik beberapa keping foto dalam satu hantaran terbaru dengan kapsyen ‘Selamat Tinggal Ogos’ juga telah menimbulkan tanda tanya netizen.
Dalam hantaran itu Fazura seolah-olah memberi gambaran kehidupannya pada bulan itu tapi kelibat gambar suaminya juga masih tiada.
Tapi sedutan lagu Love In The Dark nyanyian Adele serta babak filem Crazy Rich Asian juga telah mengundang perhatian ramai.
Untuk info, watak Astrid akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.
Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat artis kesayangan mereka itu.
Lagu Adele dan babak Crazy Rich Asians itu sudah jadi petunjuk. Semoga Fazura tetap kuat dan tabah.
Babak Filem Crazy Rich Asians tu memang sudah jelas. Kami faham.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM