Oh! Negara
Bekas Perdana Menteri Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Menghasut
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut pada 14 Ogos lalu di Felda Perasu.
Muhyiddin tiba di mahkamah sekitar jam 8.43 pagi, ditemani pimpinan parti seperti Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin. Pertuduhan terhadap beliau dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Muhyiddin disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung ceramahnya yang menyentuh isu 3R (Raja, Agama, dan Kaum) semasa kempen PRK Dun Nenggiri baru-baru ini.
Razarudin turut memaklumkan bahawa sebanyak 30 laporan polis diterima berkaitan ucapan Muhyiddin, dan 66 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Ucapan Ahli Parlimen Pagoh ini turut menjadi tular di media sosial kerana dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sewaktu baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM