Oh! Arena
Pemain Bola Sepak Acu Kerambit Akan Didakwa
Seorang pemain bola sepak berusia 22 tahun akan didakwa di mahkamah selepas mengacukan kerambit ke arah pemain lain.
Ketika kejadian, dipercayai berlaku perselisihan faham ketika perlawanan di KLFA Football Centre pada Isnini lalu.
Ketua Polis Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail mengesahkan perkara itu dan sudahpun merujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Cadangan pertuduhan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Tarikh pertuduhan akan dikemukakan kelak. Suspek kini dibebaskan dengan jaminan selepas tamat reman hari ini, manakala teman wanita suspek masih dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Hasil siatan sebelum ini, suspek yang ketika itu bersama teman wanitanya berusia 21 tahun mengaku mengeluarkan senjata tajam bagi memepertahankan diri dalam kejadian itu.
Insiden ini telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai yang menyarankan agar individu lebih bijak mengawal emosi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih matang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM