Connect with us

Oh! Media

Syafaat Anak Kecil Kepada Ibu Bapanya Pada Hari Kiamat

ngpng

Umum

Syafaat Anak Kecil Kepada Ibu Bapanya Pada Hari Kiamat

SOALAN:
Benarkah jika kanak-kanak mati sebelum baligh dia dapat memberi syafaat kepada kedua orang tuanya untuk masuk syurga? Adakah hadith yang menyebut perkara ini hadith yang sahih?

JAWAPAN:
Memang benar bahawa anak-anak yang mati ketika kecil yakni sebelum sampi usia baligh akan memberi syafaat dengan memasukkan orang tuanya ke dalam syurga di akhirat nanti.

Diriwayatkan daripada Abu Hasan Al-A’raj beliau bertanya kepada Abu Hurairah r.a dengan katanya:

IKLAN

إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ
“Sesungguhnya aku telah kematian dua orang anak lelaki. Dapatkah kamu ceritakan suatu hadith dari Nabi saw yang menyejukkan hati kami di atas kematian buah hati kami itu?” Jawab Abu Hurairah: “Boleh. Anak-anak itu akan menjadi anak-anak syurga. Salah seorang dari anak tersebut akan bertemu dengan orang tuanya atau kedua orang tuanya dan akan memegang pada pakaian orang tuanya atau tangannya seperti mana aku memegang akan hujung pakaian kamu ini. Sentiasalah anak tersebut akan memegang orang tuanya itu sehinggalah Allah memasukkannya dan orang tuanya ke dalam syurga.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas