Connect with us

Oh! Media

“Saya Buat Benda Bod*h”- Harith Iskander Akui Kesilapan, Sediakan Lepaskan Dr Jezamine

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

“Saya Buat Benda Bod*h”- Harith Iskander Akui Kesilapan, Sediakan Lepaskan Dr Jezamine

Berita tentang Dr Jezamine Lim, isteri kepada pelawak Harith Iskander hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian mengejutkan industri hiburan dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Menerusi temu bual eksklusif, Harith dan Dr Jezamine akhirnya berkongsi tentang apa yang berlaku sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.

Meskipun bercerita tidak terlalu terperinci namun Harith mengakui kesilapannya adalah punca isterinya memfailkan perceraian sebelum ini.

IKLAN

Katanya lagi, proses perceraian itu tidak berlaku secara mendadak sebaliknya sudah lama berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan ia juga merupakan persetujuan bersama.

Ada fasa hubungan kami ‘dingin’ sebab hal yang tidak sepatutnya saya lakukan. Saya buat hal dan buat banyak kesilapan. Jezamine sangat mengagumkan kerana memaafkan saya.

Harith juga berkata mereka akan menjaga hubungan dan kekal sebagai kawan baik meskipun sudah bercerai namun tidak mahu berkongsi dengan lebih terperinci kerana tahu anak-anak mereka akan menonton video itu.

Tambahnya, Dr Jezamine berusaha untuk mempertahankan rumah tangga dan mereka juga sudah melalukan beberapa hal untuk menyelamatkan perkahwinan seperti hadir kaunseling dan bercakap dengan kawan-kawan.

Pada satu tahap, saya sedar kami lebih selesa berkawan baik dan enggan rosakkan hubungan tersebut. Saya tak mahu mencari alasan dan saya telah buat perkara bodoh sebagaimana ramai lelaki lain lakukan. Saya tak mahu kongsi kerana kami ada tiga anak dan pasti akan tonton ini.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas