Oh! Artis
Harith Iskandar Dan Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu
Sebentar tadi kami melaporkan yang pelawak, Harith Iskandar dan isterinya Dr Jezamine Lim tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bagi prosiding perceraian.
BACA: Harith Iskandar Dan Isteri Berpimpin Tangan, Hadir Ke Mahkamah Bagi Prosiding Perceraian
Terkini! Menurut laporan Oh Bulan, pelawak dan isterinya itu telah sah bercerai talak satu pada jam 12.05 tengah hari tadi.
Mahkamah telah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Dr Jezamine sebelum pelawak itu melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali sebentar tadi.
Punca perceraian adalah disebabkan tiada persefahaman dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abd Kader.
Kami ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi nafkah. Yang permohonan cerai sudah selesai tadi, Harith melafazkan cerai pada 12.05 tadi dengan talak satu. Permohonan perceraian bersama.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM