Connect with us

Oh! Media

Umur Baru 14 Tahun, Katrina Ee Mewakili Malaysia Dalam Sukan Go-Kart Yang Didominasi Oleh Lelaki

Ohmedia ateyn Featured Image 2

Oh! Arena

Umur Baru 14 Tahun, Katrina Ee Mewakili Malaysia Dalam Sukan Go-Kart Yang Didominasi Oleh Lelaki

Bukan mudah nak harumkan nama negara pada usia yang masih muda. Tetapi remaja ini membuktikan dirinya mampu apabila berjaya mewakili Malaysia di peringkat kebangsaan dalam sukan go-kart.

BACA: Malaysia Bakal Ada Mekanik Pertama Dalam MotoGP Bersama Pasukan RNF Racing

Memetik laporan WeirdKaya, perjalanan Katrina Ee dalam sukan go-kart bermula pada usia tujuh tahun.

IKLAN

Dia mula diperkenalkan kepada sukan itu oleh ibu bapanya yang berasal dari Malaysia dan Hong Kong.

Lumba

Kata Katrina, pada awalnya dia hanya mencuba sukan itu sekadar hobi tapi lama kelamaan ianya berputik menjadi minat yang mendalam.

Katrina menemui bakat dan minatnya apabila dia mula bertanding dalam pelbagai perlumbaan pada usia sembilan tahun.

Apabila saya memenangi perlumbaan pertama pada usia sembilan tahun, saya mula mengambil serius dalam sukan ini. Ibu bapa saya menyokong sepenuhnya cita-cita saya dan saya terus menyertai perlumbaan yang lebih besar.

Tak dinafikan, menjadi pelumba wanita muda dalam sukan yang didominasi lelaki mempunyai cabarannya tersendiri.

Walaubagaimanapun, ia langsung tidak memadam semangat dalam diri Katrina.

Lumba

Pada tahun 2022, Katrina merangkul gelaran keseluruhan dalam kejuaraan Junior Max. Selain daripada kemenangan dalam pertandingan go-kart, Katrina juga dipilih sebagai peserta Asia pertama dalam More than Equal Driver Development Programme.

Program ini diasaskan oleh perlumba F1 David Coulthard dan usahawan Karel Komarek. Inisiatif ini bertujuan untuk mencari dan membangunkan juara dunia F1 wanita pertama.

Ia membuatkan saya bangga untuk mewakili Malaysia dan menunjukkan bahawa wanita di Asia boleh cemerlang dalam sukan ini. Saya benar-benar bersyukur untuk peluang ini dan ia memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras.

Katrina juga berkata sokongan teguh keluarganya sangat penting dalam memastikan dia komited dalam sukan ini.

Katrina dijadualkan bertanding dalam perlumbaan di seluruh Eropah dan UK pada tahun 2024. Dia juga yakin dalam perjalanannya untuk memenuhi impiannya menjadi pemandu Formula 1.

Ohmedia ateyn Featured Image 2

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27

OH! MEDIA 7 hours ago

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas