Trending
Cara Pendakwah Ajar Baca Al-Quran Dipertikai, Paksa Pelajar Wanita Buka Kamera Nak Tengok Bibir
Baru-baru ini, seorang pendakwah yang mengajar bacaan Al-Quran di aplikasi TikTok telah dikecam kerana terlalu memaksa pelajar wanita untuk membuka kamera.
Proses pembelajaran itu telah dilakukan secara langsung di TikTok dan ia bermula apabila seorang pelajar tidak mahu membuka kamera untuk menunjukkan muka apabila diminta ustaz terbabit.
Awak faham tak saya cakap ni? Awak dalam room jodoh boleh pula buka kamera ye? Dalam room baca ayat Al-Quran awak tak buka?
Apa hal awak ni? Awak faham tak? Silakan buka kamera cepat. Sifu saya suruh awak buka kamera. – Kata ustaz terbabit.
Pelajar wanita merayu untuk membenarkannya untuk tidak membuka kamera…
Saya nak suruh betulkan bacaan al-Fatihah je. Boleh? Tolong la ustaz. Sekali je. Ustaz tak adil la. Tadi individu sebelum ni boleh je tak buka kamera.
Bagaimanapun, seorang moderator dalam siaran langsung itu tampil menjelaskan tujuan ustaz berkenaan meminta pelajar untuk membuka kamera. Katanya, ia perlu bagi melihat gerakan bibir seseorang ketika membaca.
Ustaz minta buka kamera sebab nak tengok mulut, gerakan bibir. Baru ustaz boleh tegur. Nak tengok gerakan bibir kita apabila baca huruf jawi seperti ain atau ra.
Kalau tak buka kamera, jadi macam tadi. Semua separuh jalan je belajar. Faham tak?
Meninjau di ruangan komen, netizen tidak boleh menerima alasan yang diberikan kerana jika dilihat program lain yang dilakukan secara langsung, boleh sahaja seseorang ustaz itu membetulkan bacaan hanya melalui panggilan telefon sahaja.


Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Aplikasi X
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM