Connect with us

Oh! Media

Alif Teega Dan Aisyah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20%, Wajah Diguna Tanpa Kebenaran

Aisyah Hijanah

Trending

Alif Teega Dan Aisyah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20%, Wajah Diguna Tanpa Kebenaran

Pempengaruh islamik, Alif Teega akhirnya bersuara selepas dikaitkan dengan isu seleweng wang kutipan derma untuk kepentingan peribadi.

BACA: Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Didakwa Seleweng Kutipan Derma?

Menerusi penjelasan yang dibuat di Instagram, Alif mendakwa fitnah yang tersebar dibuat tanpa usul periksa.

IKLAN
Alif teega 1

Menurut Alif, dia tidak kisah jika orang ramai mahu memburukkan dirinya tetapi jangan kepada Aisyah. Mengenai dakwaan bercakap kasar, memang isterinya akan bercakap begitu apabila kesabarannya sudah habis.

Jelasnya, Aisyah sebenarnya seorang yang diam dan banyak buat hal sendiri. Buktinya, sehingga ke hari ini Aisyah hanya berdiam diri apabila ada yang mengaitkan dengan bapa, fitnah seleweng duit dan sebagainya.

Alif teega 2

Kata Alif, dakwaan yang dikaitkan dengannya ditulis dengan ayat penyata bukannya soalan seolah-olah dakwaan seleweng duit itu benar.

Dan hari ni, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate. Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan.

Saya lansung tak tahu tentang kewujudan pdf tersebut, saya hanya bantu NGO lain dapatkan dana. Dan even muka kami digunakan tanpa consent jomdonate. Mungkin tawaran itu diberikan pada influencer lain tapi bukan pada kami. Kami lansung tidak terlibat.

Dakwanya lagi, wang sumbangan yang mereka dapat akan terus digunakan untuk manfaat penerima yang memerlukan. Mereka juga dikatakan tidak tahu mengenai PDF yang tersebar kini.

Screenshot 2024 06 30 190410

Alif juga mendakwa wajah mereka digunakan tanpa kebenaran dan mungkin tawaran itu diberikan kepada influencer lain.

Screenshot 2024 06 30 190115

Influencer ini berharap orang ramai tidak mudah percaya kepada satu pihak sahaja lebih-lebih apabila ianya hanya spekulasi.

Kredit: Instagram Alif Teega

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas