Connect with us

Oh! Media

Beza Pendapat Dengan Netanyahu, Menteri Kabinet Perang Israel Letak Jawatan

Menteri Kabinet Perang Israel

Oh! Tidak

Beza Pendapat Dengan Netanyahu, Menteri Kabinet Perang Israel Letak Jawatan

Peperangan antara Palestin dan Israel masih tiada penghujung lagi. Terkini, menteri Israel membuat satu keputusan yang mengejutkan rakyatnya. Apa pula kali ni?

BACA: Rafah Terus Diserang Pendatang Haram! 12 Lagi Warga Palestin Syahid

Menerusi laporan Harian Metro, menteri kabinet perang Israel, Benny Gantz telah mengumumkan peletakan jawatannya pada ahad lepas.

IKLAN

Keputusan ini adalah isyarat baru perbezaan pendapat dengan pengedalian Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terhadap perang yang berlaku dan tamparan politik besar terhadapnya.

Gantz juga difahamkan telah mengeluarkan kata dua kepada Netanyahu supaya membentangkan rancangan pascaperang untuk Gaza namun ditolak olehnya.

Letak jawatan

Satu pasukan khas Israel juga telah dihantar bertempur dengan pejuang Palestin untuk membebaskan empat tebusan di Gaza yang menyebabkan ratusan penduduk di sana telah terkorban.

Tentera Israel berkata pasukan pengekstrakan dan tawanan berada di bawah tembakan senjata api dan bom tangan yang membunuh seorang pegawai polis.

Pembunuhan beramai-ramai

Sementara itu, tentera udara Israel dikatakan melancarkan serangan yang menyebabkan bangunan berhampiran runtuh dan seramai 274 orang terbunuh serta 698 orang cedera.

Kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas menyifatkan perkara ini adalah pembunuhan beramai-ramai di Nuseirat.

Semua orang mahu melarikan diri dari tempat itu, tetapu oengeboman itu sengit dan sesiapa bergerak berisiko terbunuh akibat pengeboman yang kuat dan tembakan.

Orang ramai menjerit, muda dan tua, wanita dan lelaki.

Makin menjadi-jadi pendatang haram ni. Marilah kita sama-sama doakan saudara kita disana sentiasa dilindungi. Semoga kemenangan berada di pihak rakyat Palestin!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas