Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Akhirnya Beri Respon Mengenai Ruhainies Ingin Berjumpa

bella astillah ruhainies ohmedia

Oh! Artis

Bella Astillah Akhirnya Beri Respon Mengenai Ruhainies Ingin Berjumpa

Sebelum ini pelakon, Ruhainies ada membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah dan meluahkan hasrat ingin berjumpa dengannya. 

BACA: Nabil Ahmad Dedah Sesuatu Mengenai Aliff Aziz Dan Bella Astillah Sepanjang Di Program All Stars Gegar Vaganza

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Bella hanya mahu mengunci mulut dan ingin fokus kepada perbicaraan di mahkamah dan kariernya.

IKLAN

Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik.

Bella Astillah juga tidak mahu memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai wanita yang mendakwa dia adalah kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu.

Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam.

Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik.

Apapun, semoga yang baik-baik saja buat Bella Astillah dan Aliff Aziz. 

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas